Kucing Sarat & Hernia Di Sabah (Sharul)
Tweet |
Email yang kami terima daripada Sharul di Sabah :
Jumaat, 6 Julai 2012 – 9.38pm
Perlukan bantuan dana untuk seekor kucing yang kandungan nya mati di dalam perut.
Assalammualaikum Tuan,Puan . . .saya merujuk kepada perkara di atas ining memohon subsidi dari pihak tuan,puan untuk membiayai kos perubatan kucing tersebut . . . apa yang boleh saya lakukan untuk mendapat kan dana dari pihak anda ? sekiranya pihak tuan,puan memerlukan bahan bukti dan sebarang info dari saya. . . saya sedia membantu untuk menyelamat kan kucing tersebut . . .
Sharul – 019 5331xxx
Bersama email tersebut, disertakan gambar-gambar kucing yang dimaksudkan.
Menurut Sharul, kucing tersebut mempunyai pemilik sebelum ini. Namun setelah pemiliknya berpindah, kucing ini menjadi kucing jalanan di kawasan ini. Sharul menemui kucing ini di kawasan rumahnya dalam keadaan mengesot. Sharul bercadang menghantar kucing tersebut untuk mendapat kan rawatan di Century Animals Medical Centre.
Melihat daripada gambar yang dihantar, kucing yang sarat mengandung ini tak ubah seperti kes FLUBBY, kucing pertama yang diselamatkan oleh SCRATCH-er. Kandungannya senget dan jatuh sebelah, disyaki dilanggar dan menyebabkannya mengalami hernia.
Kami bersetuju memberikan bantuan 50% bil perubatan kucing ini.
Walau bagaimanapun, kami sedang menunggu balasan email dari Sharul berkenaan lokasi sebenar kucing ini.
Semoga Sharul dapat segera membawa kucing ini mendapatkan rawatan.
Source: http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/2012/07/email-yang-kami-terima-daripada-sharul.html
Tweet |
Facebook Comments