Di atas jemputan oleh Encik Aidid Ismail, Pengurus Perhubungan Usahawan, Perolehan Kumpulan Telekom Malaysia, SCRATCH telah ke rumah anak-anak yatim Pusat Jagaan Nuri di Setapak pada 20 May 2012 yang lalu.
Tujuan asal Encik Aidid menjemput kami adalah untuk memberikan penerangan penjagaan kucing yang betul kepada adik-adik yang menghuni Pusat Jagaan Nuri ini memandangkan adik-adik di sini suka memelihara kucing dan membawa pulang kucing-kucing yang mereka temui.
Pada hari yang sama, turut diadakan gotong royong membersihkan kawasan sekitar Pusat Jagaan Nuri, mengecat dinding dan merasmikan pusat sumber.
|
Adik-adik yang turut sama mengecat |
|
Perasmian Pusat Sumber |
Beberapa hari sebelum menemui adik-adik ini, SCRATCH-ers dengan bantuan Abang Ayie telah berjaya mengumpulkan pelbagai jenis makanan ringan, kudapan, alatulis dan cenderahati hasil sumbangan rakan-rakan di Facebook.
Jutaan terima kasih kepada mereka yang telah menyumbangkan barangan di bawah, terutama sekali abang Ayie dan anak-anak saudaranya yang sibuk menyediakan goodie bags
|
Sumbangan dari Abang Ayie dan puding dari Tanti Dogmudder |
|
Sumbangan dari Mia Emilia |
|
Sumbangan dari Bina |
|
|
|
|
Sumbangan dari Fia Razali |
|
|
|
Sumbangan dari Acikvoodoo Zet |
|
Sumbangan dari Mikhaela Dessy Chan |
|
Sumbangan Richard Lim dari SPCA Sarawak |
|
|
|
|
|
Sumbangan dari Carrie Anne Long |
|
Sumbangan dari sahabat baik cik Bella |
|
Homemade choc muffin oleh Marina Tham yang di hias dengan kotak yang cantik |
|
Goodie bag untuk adik-adik Pusat Jagaan Nuri |
|
Tenaga kerja yang membantu Abang Ayie packing goodie bags |
|
Kanak yang dirasuah setelah selesai kerja |
Ini pula gambar yang di ambil pada sebelah petang, setelah selesai sesi gotong-royong dan jamuan makan tengahari yang diadakan di padang permainan kanak-kanak yang terletak berhadapan Pusat Jagaan Nuri ini.
Selepas makan, ada sesi penyerahan goodie bags untuk adik-adik. Girang betul wajah mereka masa dapat goodie bags
|
Goodie bags. Taaaraaa~ |
|
Sesi bermain Angry Birds dalam Galaxy Tab Abang Ayie |
|
Ok jangan rebut-rebut. Nanti kita panggil Abang Ayie belikan sorang satu Galaxy Tab ye |
Kemudian tibalah sesi ‘talk’ oleh akak-akak SCRATCHer mengenai penjagaan kucing yang betul. Tengok ni, comel dan gebu-gebu kucing dalam jagaan adik-adik di sini.
|
Cik Tedi yang sedang memberi penerangan |
|
Adik yang tekun mendengar penerangan dari akak-akak |
|
Yang di depan dan berbaju putih la penjaga rasmi kucing-kucing di rumah jagaan ini. Beliau dipanggil ‘Abang Mus’ adik-adik di sini. |
|
|
|
|
Tengok tu, rajin bertanya juga |
|
‘Ibu’ dan ‘keluarga’ bagi adik-adik yang menghuni di sini |
|
|
|
|
Sebelum pulang, Cik Sri, Snip Program Coordinator kami sempat memberi sedikit penerangan mengenai pemandulan kucing-kucing kepada adik-adik di sini. |
Dengan wang derma sejumlah RM720 dari beberapa individu tertentu, ini sajalah sumbangan yang mampu kami berikan untuk Pusat Jagaan Nuri ini.
Terima kasih kepada individu-individu di bawah :
1) Shaf Que sekeluarga RM150
2) Mr LTPK RM100
3) Ghazaly Bakar RM300
4) Zuraida Anuar RM50
5) Bina RM20
6) Puan Faizah Aziz sekeluarga RM100
Sempat juga kami merakamkan gambar kenang-kenangan bersama adik-adik di sini.
Malah kami turut diberi saguhati oleh tenaga kerja Pusat Jagaan Nuri. Yaaayyyy!
|
Idaxu, Junior Snip Coordinator |
|
Cik Tedi, SCRATCH Admin & Coordinator |
|
Cik Sri, Snip Program Coordinator |
|
Cik Hasliza, senior SCRATCH-er |
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat pada hari ini. Di harap pada masa akan datang, kami boleh memperbanyakkan lagi aktiviti amal sebegini. InsyALLAH
Source: http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/2012/05/sehari-bersama-anak-anak-pusat-jagaan.html
SCRATCH's main mission is to rescue stray, abandoned, and abused cats and to find as many of them as possible new homes with loving owners once they have been treated/nursed back to health and spayed/neutered (aka speutered).
We realize that we cannot always be successful in finding homes for all of the cats that need one, so an associated goal is to minimize the stray cat population by capturing, speutering, releasing and managing those that we cannot find homes for.
More Articles | Website
Facebook Comments