Anak Kucing Hernia (Nurul Huda Mat Dan)
Tweet |
Anak kucing ini ditemui dalam longkang oleh Nurul Huda pada 9 May 2012.
Bawah perutnya kelihatan merah dan membengkak. Malah, ada luka pada kaki anak kucing malang ini. Kemungkinan di langgar kenderaan dan menyebabkannya terjatuh ke dalam longkang tersebut.
Pada 14 May 2012, Nurul Huda telah membawa anak kucing ini ke UPM untuk rawatan dan disahkan kucing ini hernia. Pembedahan perlu dijalankan dan luka menanah pada bahagian kaki perlu dibersihkan dan dirawat.
Ini pula gambar-gambar terbaru anak kucing yang dipanggil BABY ini setelah pembedahan dan rawatan.
Kos rawatan BABY ialah RM582.73.
SCRATCH membiayai 50% daripada jumlah ini, iaitu RM291.40 menggunakan dana kami.
Source: http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/2012/05/anak-kucing-hernia-nurul-huda-mat-dan.html
Tweet |
Facebook Comments