Assalamualaikum. Meooooowwww!!!! Nama saya Queen. Gigi saya cantik sikit la berbanding ngan Freddie Mercury, tapi perangai diva saya sama level! Hehehe. Mata saya kuning, saya sangat manja dan amat memerlukan penjaga yang boleh simpan saya dalam rumah. Saya ni sebenarnya pernah duduk dengan orang, tapi orang tu abandon saya. Buat masa ni saya duduk dekat tempat parking kat kondo ni, menunggu tibanya seseorang yang boleh menjaga saya :( Saya penyayang, setia dan agak buncit. Perangai saya sangat sopan, lemah lembut dan tidak agresif. Salah satu sebab orang yang bagi makanan pada saya kat parking kondo ni nak tolong saya carik rumah baru sebab ada satu kucing gangster kat sini asyik kacau saya. Dahlah saya ni jenis yang tak nak bergaduh, asyik2 kena buli aje dengan kucing gangster tuh... dia jantan liar, susah betul la... Anyway, saya memerlukan tuan, puan atau keluarga yang penyayang! Selamatkanlah saya