Sekadar berkongsi cerita.. kami suami isteri.. berkahwin selama 2 tahun belum memiliki zuriat,kami buat keputusan nk cari kucing buat peneman.
Seekor kucing masih kitten umur dalam 4 bulan duduk di tangga Flet rumah kami.Duk ulang alik naik tangga kami duk perhati dia..xde rumah dan homeless.. jadi kami amik sbagai penjaganya... tanya jiran2 diorg x mengaku kucing diorg... kami jaga selama 4 tahun 1 bulan... berkongsi manja dan kasih sayang.. kucing yg bijak dan kelakar... mungkin dia hanyalah seekor kucing..tapi kami yg tiada zuriat menganggap dia sbagai anak sendiri.. perasaan dikongsi bersama.. berkongsi hidup serta masa dirumah bersama kami berdua..
Akhirnya kami dikurniakan zuriat, Isteri saya mengandung 3 bulan.. dan waktu itu Tuhan mengambil nyawa Si comel.. comel telah selamat dalam 5 kali masalah penyakit batu karang.. kali ini dia tewas dgn penyakit selsema yg merebak ke dalam organ badan. Sebelum tidur saya dan isteri menciumnya buat kali terakhir dan pada tanggal 21 Ogos 2016 pukul 4 pagi. Walaupun hanya seekor kucing segala kenangan pahit & manis,gembira dan ketawa selama 1,460 hari dikongsi bersama... Tiada kata2 blh dirungkai dalam masa tersebut..
Rumah tangga kami semakin bahagia dgn kedatanggan comel sbagai rakan ke-3. Kini dia pergi menemui penciptanya. Walaupun Baka kucing bnyak yg serupa dgn rupanya.. tetapi jiwa dan perasaan serta sifat seekor kucing sgt berbeza..
semoga rohnya dapat berjumpa dgn roh kami bila tiba masanya nanti. Miss U comel.. walaupun kita berlainan ciptaan, Comel seekor kucing dan kami adalah manusia. Tapi hubungan antara manusia dan haiwan tidak dapat dirungkai dgn perasaan dalaman. Comel tiada akal seperti kita. Tapi comel mempunyai perasaan yg sama seperti manusia.
Sedih,Gembira,Letih,Marah,Takut, dan manja semua itu yg memberikan seribu makna dalam hidup kami berdua. Semoga kehadiran insan ke-3 baby kami dapat mengubat kerinduan kepada comel sbagai peneman kami selama 6 tahun hidup tanpa zuriat.
Terima kasih comel, umi dan abi sgt rindukan comel.. Kita berjumpa disana. Salam syg dari umi & abi.. kita berpisah sementara tapi kekal dalam kenangan. Miss U Comel..Bye Bye...