KAKAK gelaran saya bagi sebab dia paling protect adik adik. Sayang kat adik adik. KAKAK dibuang bersama dgn 2 lagi adik atas alasan "encik hubby tak suka lah".
Amat lincah, aktif dan garang kalau ada yang cuba kacau adik adiknya. Tapi bila dapat main...hmm..lupa diri dah. Seronok dia la yang lebih lebih. Kadang tu dah macam perangai kucing jantan dah. Paling kecoh kalau kena kurung waktu malam. Suruh tidor je.
Selera makan ok je. Dirumah saya sekarang seminggu sekali, saya akan belanja anak anak bulus makan wetfood. Bak kata jamuan wet wet. Hari lain kibbles sahaja.
Muka KAKAK comel. Ditambah lagi perangai dia lagii laarr comel. Badan dia pun sedap sedap je. Tak gemuk sgt dan tak pula kurus sangat.
Pada yang berhasrat untuk ambil KAKAK, saya harap dapat jaga KAKAK dengan baik. Pesanan saya agar KAKAK di kembirikan bila cukup masa nanti. Jangan dibiarkan dia melahirkan UNWANTED KITTEN yang seterusnya menambahkan lagi bilangan strays yang ada. Mereka ni dah cukup derita hidup di dunia luar sebagai gelandangan.
Sebarang pertanyaan mengenai KAKAK boleh hubungi saya melalui sms/call/whatsapp sahaja.