DIK ACER ada abang. Diorang berdua ditinggalkan si ibu yg dh tak mahu jaga. Stray di kedai makan.
Tanpa arah tuju ACER & Abg cari makan dengan mengemis dari orang ramai. Waktu saya jumpa, ACER & abg dalam keadaan kurus kering. Comot, kotor, busuk, berkurap serta ada parut dan luka luka kecil.
Sekarang dah elok. Bebas dari kurap & hama. Aktif bermain.
ACER ni susah nak ambik gambar dia. Kalau dia tau nak amik gambar, kepala dia goyang goyangkan. Habis blur je. Gambar yang ada waktu dia leka bermain dengan yang lain.
Pada sesiapa yang berminat untuk adopt DIK ACER ni, bole hubungi saya melaui call/sms/whatsapp shj,Pada bakal keluarga angkat DIK ACER, saya mohon agar bila dia cukup usia nanti hantar la dia untuk di kembirikan ye. Jangan sia siakan hidup dia.