umur timmy 2 bulan masa sy ambil dia dr rumah paklong. paklong nak serahkan semua kucing dia kat nenek. jadi sy mintak sekor memandangkan timmy sgt gebu dan comel. timmy ade 3 beradik. 2 drnya DLH dan sekor DSH. jadi, booking timmy masa die umur sebulan. cukup 2 bulan sy ambil dia, tapi sygnya sibling timmy yg sekor lagi DLH mati digigit anjing. rumah paklong sy kat area chinese. bergaduh ngan nenek sbb DLH tinggal sekor. oleh sbb sy booking awal, jadi sy tetap bawak balik timmy.
timmy membesar dgn jayanya. sgt2 gemuk dan suka buat hal sendiri. aktif, suka ikut kaki mak sy, suka kacau mak kat dapur. suka tidur dlm buaian, timmy jadi kesayangan ayah. timmy ade kawan baik. selalunya klu timmy takde kat rumah, ayah dah tahu kat mana nak cari die. pegi jln sendiri rumah member dia. dulu kucing tu adik jumpe, rasenya breed American Shorthair, black and white color. timmy asyik buli kucing tu, jadi adik beri kat member die, jiran kitorang jugak. jadi timmy kena berulang alik la jumpa member die.
satu hari, ayah cari timmy tak jumpa. pegi rumah member pun takde. lastly, jumpa timmy tepi dinding, dgn mulut berbuih, telinga berdarah, timmy dah mati. itulah kucing terakhir ayah nak bela. ayah dan adik syg sgt timmy. one day adik dtg rumah sy. nampak hamster sy. dia nak bela. jadi sy serahkan hamster bagi dia. sekarang ayah dan adik jaga hamster dgn berjaya. hampir ade 15 ekor syrian hamster kat rumah ayah.
mungkin dia termakan racun kot...