Didie paling nakal di antara 8 ekor yang saya ada di rumah. Gelagat dia sangat suka kacau kucing yang lain. Tak kira kucing tu suka atau tak. Kalau Didie boring itu akan jadi aktiviti paling dia suka.
Didie juga kuat makan. Juga kuat tido. Kelebihan Didie, dia suka duduk atau bertenggek atas bahu saya. Kalau tak buat dalam masa satu hari, dia akan rasa seperti kehilangan. Nak tak nak, kena layan...
Didie seekor jantan yang penakut. Tapi suka berlagak mcm berani. Kalau dengar suara kucing lain bergaduh, dia la yang pertama lari lintang pukang masuk rumah.
Disebabkan kenakalan dia, nama Didie selalu naik carta kena marah di rumah. Top 10 list, dia yang paling atas sekali.
Selain dari semua di atas, Didie suka buat kecoh. Dalam masa satu hari boleh dengar dia menjerit kuat banyak kali.He he he..
Apapun Didie suka bermanja. Suka dibelai. Suka diurut bawah perutnya.
Tapi DIDIE dah hilang pada 15/04/2015. Selang beberapa hari selepas Tatot hilang.