MOMOT muka comot. Tapi nakal dan lasak. Nampak je kecik tapi suka buat aksi ngeri. Suka lompat sana sini. Suka panjat kaki. Bak kata bab memanjat bagi la si momot ni. Tak tau duduk diam. Yang lain sibuk makan, dia masih main. Oleh sebab tu dia ni susah sikit nak makan. Tapi suka nenen.
MOMOT di tinggalkan bersama 4 ekor lagi adik beradik di hostel bmi gombak. Seorang student yg baik hati telah menyerahkan mereka ni kepada saya. Waktu itu umur mereka dlm lingkungan 2 minggu je. Ibu tak tau dimana. Dalam kelaparan, kesejukkan dan ketakutan mereka di tinggalkan. Kini mereka semua dah besar, kuat, sihat, aktif dan ceria.
Saya percaya di luar sana ada insan yang baik hati yang boleh ambil MOMOT ni sebagai sebahagian dari ahli keluarga. Harapan saya moga MOMOT diterima dan disayangi sebagaimana haknya hidup di muka bumi.