ABAM adalah salah sekor dari 5 beradik yg di tinggalkan di hostel BMI unikl di gombak. Mereka ditinggalkan tanpa ibu. Keadaan mereka sangat menyedihkan. Kelaparan, ketakutan dan kesejukkan. Usia mereka dlm lingkugan 2 minggu waktu tu. Mereka diserahkan oleh seorang pelajar bmi yg baik hati. Dia sanggup selamatkan dan serahkan pada saya.
Kini ABAM dan yg lain dah besar, kuat, sihat dan ceria.
ABAM kuat makan dan kuat nenen. Kalau lapar suara dia yang paling kuat. ABAM adalah yang paling besar,paling buncit perut(kuat nenen & makan), ukur lilit kepala paling besar dan ekor paling kontot. ABAM kalau nenen pandai pegang botol susu sendiri. Nakal ABAM seperti anak anak kucing yang lain juga.
Pada sesiapa yang sudi ambil ABAM sebagai sebahagian dari keluarga, saya amat lah berbesar hati dan bersyukur kerana ABAM dah ada family baru. Rumah baru. Kawan baru. Moga ABAM sentiasa dijaga rapi dan bahagia dgn keluarga baru.