UTIH adalah salah sekor dari 5 beradik yg di tinggalkan di hostel BMI unikl di gombak. Mereka ditinggalkan tanpa ibu. Keadaan mereka sangat menyedihkan. Kelaparan, ketakutan dan kesejukkan. Usia mereka dlm lingkugan 2 minggu waktu tu. Mereka diserahkan oleh seorang pelajar bmi yg baik hati. Dia sanggup selamatkan dan serahkan pada saya.
Kini UTIH dan yg lain dah besar, kuat, sihat dan ceria.
UTIH kuat makan dan kuat nenen. Apa apa pasti dia yang nak dulu. UTIH pandai merayu suara sedih minta nenen atau makan. UTIH penakut sikit dari yang lain. Nakal UTIH seperti anak anak kucing yang lain juga.
Pada sesiapa yang sudi ambil UTIH sebagai sebahagian dari keluarga, saya amat lah berbesar hati dan bersyukur kerana UTIH dah ada family baru. Rumah baru. Kawan baru. Moga UTIH sentiasa dijaga rapi dan bahagia dgn keluarga baru.