Dak Lang seekor kucing pendatang ke rumah saya. mendengarkan jeritan dia yang mungkin kelaparan, buatkan saya kesian dan memanggil dia untuk di beri makan. Dak Lang makan dengan banyak sekali. Keadaan tak terurus dan kurus.
Sejak dari tu dia menjadi anak angkat saya. Dak Lang litter trained. Muka susah senyum tapi dalam hati ada taman..
Manja dan suka mengikut kemana saya pergi. Suka ikut dibelakang jika di bawa jalan jalan waktu petang.
Kepada sesiapa yg di luar sana mempunyai hati yg mulia, dapatlah kiranya menjadikan Dak Lang ni sebahagian dari keluarga.
Terima Kasih.
SAYANGILAH HAIWAN, TENTU MEREKA MENYAYANGI ANDA JUGA.