Menurut kata jiran saya, kucing ni ditinggalkan oleh penyewa lama rumah saya. Dia tak pandai cari makan sendiri. Dia akan tunggu depan pintu rumah saya hari-hari minta makanan. Even air pun dia harap saya bagi. Jiran saya cakap dia tak pandai jaga anak dia. Dah 2-3 kali dia beranak then anak dia mati. Kali ni dia beranak lagi. Anak dia lebih kurang umur 1 bulan. Saya risau anak dia mati lagi. Rumah saya kecil dan wife saya tengah sarat mengandung anak sulung. So tak boleh nak adopt...lagi pun nanti saya dah nak ada baby. Please cat lovers... Tolong adopt Momot dengan baby dia...
Update!
Baby dia dah mati. Saya balik kerja then tengok baby dia lembik. Saya bawa gi vet, doktor cakap dah tak ada harapan. But saya suruh juga doktor buat something. Doktor inject then kalau dia boleh bertahan dalam 2-3 jam kena bagi dia antibiotik and susu. Malangnya after 2-3 jam dia mati.