TINTAN seekor kucing yg saya selamatkan di kedai runcit dekat dgn rumah. Seekor kitten yg sangat baik. Sangat sopan santun. Lemah lembut. Bak kata orang kalau manusia tu elok buat menantu. He he he
Cage utk dia tido saya siapkan amat bersih sekali. Tak ada benda2 yg berselerak. Paper lapik pun tak koyak2. Sentiasa kemas. Garang pada kucing yg tak dikenali. 2 atau 3 hari baru ok. Tapi belum sempat saya buka untuk adoption, TINTAN di serang parvo. Keesokkan harinya dia mati. Sempat selama 1 bulan saya menjaga dia.