Ni namanya MEOW. Jantan. Sudah di kasi. Umur dalam 4 tahun. Amat baik. Suara manja. Suka dibelai. Suka kanak kanak. Mudah berkecil hati.
Saya terpaksa lepaskan dia utk adoption. Sebab tak mahu dia jadi stray lagi. Ini disebabkan dia dah tak mahu duduk di rumah saya. Mungkin berkecil hati sebab saya suka bawa strays ke rumah sebelum put for adoption. Meow melarikan diri ke rumah jiran yang ada anak kecik ramai. Malangnya seluruh keluarga jiran saya tu ALAH pada kucing. Akibat dari tu kesemua mereka (termasuk baby) dijangkiti penyakit gatal gatal kulit hingga berkudis. Saya rasa amat bersalah pada mereka.
Meow tak dapat dikawal dari keluar rumah kerana ada pintu rahsia. Kini dah 3 hari Meow dikurung dalam sangkar. Kesian pulak kat dia. Saya serba salah.
Jadi saya berharap agar ada insan yang baik hati sanggup sambung menjaga meow ni. Meow asal dari perlis. Burok sbb kurap. Saya jaga dia dgn elok hingga dia larikan diri. Berbulu lebat dan panjang. Bermata biru muda. Tiada apa apa yang saya minta kecuali jagalah meow dgn baik. Kerana Meow sememangnya kucing yg sangat baik.
Bole sms/whatsapp/call sahaja. Saya area Gombak berhampiran UIA.