SIMBA sesuai dengan rupa dan bentuk badan yang sememangnya kucing liar. Keturunan kucing liar sekitar medan selera. Jari saya bengkak dgn 8 lubang waktu cubaan pertama utk tangkap dia. Tak putus asa akhirnya dia berjaya saya tangkap. Selama 3 bulan saya ambil masa utk jinakkan dia. Bagi kepercayaan supaya dia akan selamat dgn saya. Akhirnya dia baik, manja, dengar kata dan tak suka cari masalah. Tak suka bergaduh sbb dia penakut. Mulut bising dgn suara yang.....kelakar. Tak macam suara kucing. He he he..
Saya suka tgk dia membesar dgn bentuk badan yang cantik. Kaki panjang, badan slim walaupun makan banyak. Seekor pemburu. Kerap bawa balik tikus, burung, cicak dan cicak kubing. Makan apa saja yg melintas di depan. Aktiviti kesukaan simba waktu pagi...lari lompat lompat dalam semak dan panjat pokok manggis. Sambil tu mulut bising bising.
Saya ambil simba sebab tak mahu hayat dia berakhir seperti bapanya..BE'AH. Liar dan susah nak beri ubat jika ada luka2 kecil.
Harap simba dapat saya jaga bertahun2 lamanya...