COCO. Kucing yang paling tua dalam jagaan saya. Tak suka anak kucing dan tak suka kanak kanak. Mungkin dia fikir dia manusia. Hanya baik pada adult. Tak pandai berkawan. Tapi dia yang paling bijak. Kegemaran suka main bayang2, main hide and seek, buka lubang air dlm bilik air, pandai buka pintu (tak kira apa jenis), faham apa yang saya kata dan yang paling best dia pandai mengurut. Dia obses dgn kotak. Tak kira apa jenis. Kecik besar semua nak cuba masuk. Dalam washing machine pun jadi. Almari baju saya terpaksa buat kunci kedua sebab dia pandai buka pintu dan relax dalam tu. Sayang pada dia hingga akhir hayat.