I love my cats very much.
My CoeCoe,
Dia ni aku beli masa umur dia 2 bulan.tapi sekarang ni umur dia dah 3 tahun (garang)sampai bila nak mandi aku kena hantar ke klinik. kiranya coecoe ni top five kat klinik (kucing paling garang)tapi aku sayang gila kat dia.
My Lillo,
Lillo ni jumpa kat depan rumah. masa tu aku dengar orang bagi salam, aku pun buka pintu ternampak dia(orang takde pun). masa tu bulan puasa. aku bawa masuk rumah terus bagi makan,lepas bagi makan dia tak mahu keluar dari rumah aku.Dia manja sangat..
My Luwie,
aku pesan kat adik aku, kalau jumpa kucing warna putih bawa balik.satu hari aku balik berbuka puasa kat rumah mak aku, aku tengok ada kucing putih (adik aku jumpa kat tepi jalan). ada ke patut adik aku bagi dia makan ikan masin sementara menunggu aku ambil. sekarang umur dia dah 2 tahun lebih dan berat dia 5 kilo setengah. Dia ni kalau dgn aku baik sangat. tapi kalau dgn org yg dia tak kenal, dia jadi garang gila
My Lulu,
Dia ni pulak, aku jumpa kat pasar ikan. masa aku terpadang dia, dia tengah buat muka comel. aku pun apa lagi terus tenya tokey pasar tu, sape punya kucing. dia kata takde orang punya. aku pun ambil bawa balik rumah. sekarang umur dia baru 7 bulan dan berat 4 kilo.Dia pulak kalau aku tidur suka duduk atas perut aku..
My Niecco,
niecco ni kucing adik aku. emak aku nak buang dia sebab suka buang taik dia kat atas tilam adik aku, tapi mak kesian pulak.mak aku call suruh aku ambil bela.aku pun ambillah. bila sampai rumah aku, dia ok je. tak pernah buang merata-rata. Dia ni pulak suka teman aku tidur..
My kiki Peipei,
Si kiki ni pulak kucing jiran aku, dia taknak jaga. aku pun ambil bela, sekarang dia dah umur 3 Bln Dan Berat 2 Kilo. kadang2 aku panggil dia musang sebab muka dia iras2 musang.dia nak kalau lapar, pandai minta makan...