Fifi ni merupakan salah seekor stray cat yang berada di kawasan perumahan saya. Saya mula memberi dia makan semenjak 2-3 bulan yang lepas. Dia muncul di rumah saya secara tiba2 & dari entah mana. Saya pun terus memberikan dia makanan & minuman setiap hari. Umur Fifi ni saya tak pasti, tapi saya rasa dia belom mencapai umur setahun lagi.
Seminggu dua lepas, saya perasan yang dia ada kurap sedikit di bahagian telinga jadi saya terus bawa dia ke vet. Alang-alang tu, saya ambil keputusan untuk spay/mandulkan Fifi sekali. Sekarang luka pembedahan pemandulan/spaying Fifi serta kurapnya sudah hampir pulih.
Dulu masa mula2, Fifi agak garang & amat takut dengan manusia, walaupun dengan saya yang setiap hari bagi dia makan. Tapi, lepas bawak dia balik dari spaying ni, baru saya tahu yang rupa-rupanya Fifi ni adalah seekor kucing yang teramat manja & perlukan kasih sayang & belaian. Dia langsung dah tak garang lagi malah akan kerap datang dekat dengan saya untuk menggosok2 badannya. Pendek kata, sekarang Fifi amat friendly & sangatlah manja.
Saya rasa sayang & kesian sekiranya kucing yang manja sebegini terus hidup sebagai seekor kucing stray, jadi saya nak put her up for adoptian. Moga2 Fifi akan dapat forever home & tuan yang akan menyayanginya dengan sepenuh hati.
Tiada apa-apa caj yang dikenakan. Fifi pun telah di spay. Adopter hanya perlu memastikan Fifi akan divaksinkan & dinyahkutu & dinyahcacing dalam masa terdekat. That's all.
Fifi ni seekor stray cat yang bersifat teramat-amat manja. It would be a pity if she remains a stray after her spaying surgery. Hence I'm looking for an adopter for her. Dia suka dengan belaian & sentuhan orang & akan mengiau-ngiau sehingga dapat belaian dari orang. Dia juga bersifat attention-seeking dan suka berada di mana sahaja orang berada. She needs a lot of loving.
Please adopt her someone.
More photos of Fifie can be seen here:
http://imgur.com/a/VNeRI