anak kucing ini saya jupe kt bawah kondo umah saya. ada 2 ekor (adik beradik) dan sekor lagi baru saya jupe hari ni 31/1/2013.
Kucing 1- PING (belang, jantan)
Kucing 2 -PONG (betina, krim)
Kucing 3 -PUTIH ( xtaw)
Kucing PING dan PONG adalah adik beradik. SAYA SANGGUP BAYAR KOS SPAY DAN NEUTER KEDUA-DUA KUCING INI. saya akan tunjuk resit sebagai kucing ini telah di neuter dan spay sebagai bukti. Tiada bayaran dikenakan. Tapi kalo nak sedekah whiskas sekilo dua tu saya terima =)
Kalo bley adopt la kedua beradik neh skali supaya mereka biasa dan ada teman berkawan. Anda xpayah pikir lagi kos nak tanggung jika mereka beranak pinak. Lagi sesuai jika rumah anda tu tiada kucing lain. Bia mereka berdua jadi teman anda =)
Jika anda suka kucing, boleh bagi makan, kalo sakit bley bawak pergi vet, vaksin dan jaga mcm jaga diri sendiri, dipersilakan untuk adopt kucing ini =)
Kucing PUTIH tu kecil lagi maybe sebulan kot umur dia. xleh nak spay atau neuter lagi =)
Sila bawa carrier yer. Kucing ini adalah stray cat yang memang takut ngan manusia. Kalo masuk dalam kotak confirm dorang bley gigit2 sampai koyak kotak tu =)