Kucing2 ini adalah stray cat yang saya selalu bagi makan kt area umah saya. Baru2 ini cleaner kondo telah memaklumkan kepada saya yang pihak management telah mengarahkan beliau untuk menangkap kucing2 stray ini. saya plak sering bekerja outstation dan saya takut saya terlepas pandang dan kucing2 ini dalam bahaya samada dilanggar sebab selalu melepak di parking kereta atau ditangkap oleh cleaner lain.
Gambar 1 adalah mama cat yang bunting. Saya panggil Pintoo. Corak cantik dan sangat behave. kucing ini asalnya kucing org lain tingkat atas tapi telah dibuang tingkat bawah oleh tuannya kerana bunting. oleh itu ia sangat jinak...
Gambar yang lain adalah gambar adik beradik 3 ekor yang telah ditinggalkan emaknya dlm bulan 11 dlu. saya assume umur mereka dlm 5-6 bulan.
Kucing 1- betina. bulu ala2 siam sket. saya panggil PONG.
Kucing 2- jantan (maybe). bulu belang2.
Kuciing 3- betina. gambar tiada. kucing ini excident. kakinya tempang sedikit dan mengalami masalah paru2. saya telah refer pada doktor Lee di klinik Happy Paws sg chua kajang dan dalam proses pemulihan. available untuk adoption juga.
ketiga2 kucing ini plak amat takut akan manusia. saya sampai skang masih x dpt tangkap mereka. mereka hanya masuk dan tumpang makan sahaja dlm rumah. kalo dtg dekat akan lari menyorok.
klo berminat utk adopt bley hubungi sms/wassap saya di. saya berada di taman sri kenari, kajang.