salam rakan-rakan.. pertolongan semua untuk forward info ni amat lah diharapkan untuk mengambil 2 ekor kitten malang ni.
Al kisah semalam di parking pejabat.. kawan sepejabat saya menjumpai di celah celah spare tyre kereta kakitangan pejabat sini.
sebab mereka geli nak pegang, mereka panggil saya ambilkan.. dan sekarang dalam bilik fail saya.. untuk tumpangkan sekejap..
sabtu ahad ni saya akan bawa dia balik kerumah untuk bersihkan sementara tu di iklankan untuk orang lain sudi adopt.
Tak tau la anak siapa dan dari mana datangnya..sebelum ni ada seekor ibu kucing color hitam putih ni mcm salah seekor kitten ni.. tapi kata guard dah lama tak nampak.. bos saya pun pernah sediakan makanan untuk si ibu ini.. dlm 2 minggu lepas saya ada bagi ibu ni ubat cacing dan brewers yeast.. sbb kurus sangat.. pas tu sekarang ni ada lak yg kata dah mati kut.. atau ada org bawak balik ke rumah. Sekarang kitten ni kehilangan ibu.. saya bawa susu guna botol susu pun payah dia nak hisap..tak reti lagi.. ke dua dua ekor kitten ni sebelah mata jer .. tak tau la.. mata dia rosak atau pun comot tahi mata..
mohon forward kan dengan segera yer.. saya dah letak dalam fb.. tapi no respon lagi..yang sekor lagi tu.. comel tau.. ke empat empat kaki dia ada stokin..
masa kecik memang la.. kotor.. tp kalau bela dengan penuh kasih sayang.. masa tu la.. orang dok rebut kata comel dan gemuk..