Kucing kami yang dimaksudkan ialah kucing kelabu dan unik bahagian muka kerana bertampung kelabu dan hitam. Namanya YUNA dan dibelikan untuk anak perempuan kami. YUNA hilang pada 06.01.2012 (jumaat) lepas semasa di SP4/28 Bandar Saujana Putra. YUNA semasa hilang mengalami sakit mata dan dalam perubatannya. Hilang bersama 2 ekor DSH yang lain tetapi 2 kucing itu balik semula tetapi tidak YUNA.
Gambar di atas ialah gambar YUNA bersama adik-beradiknya semasa bersama tuan asal pada umur 2-3bulan. Semoga mereka yang menemui YUNA di Bandar Saujana Putra akan memulangkannya.