Pada mulanya saya mengambil seekor kucing jantan untuk dibela tiba-tiba datang seekor anak kucing betina ke rumah saya, kerana kasihankan kucing itu, ayah saya telah membelanya. Kemudian, selepas beberapa bulan kucing betina saya itu telah melahirkan 5 ekor anak kucing pada tarikh 8.08.2008. Ini menyebabkan kami susah untuk ke mana-mana kerana perlu menjaga mereka tetapi saya tak sampai hati untuk membuang mereka kerana saya tidak mahu mereka hidup merempat. Oleh itu, saya harap saya akan mendapat tempat tinggal untuk mereka buat sementara waktu kerana keluarga saya perlu keluar daerah dan tiada siapa dapat menjaga mereka. Terima kasih.