Ella sebenarnya adalah seekor kucing jalanan. Dia datang ke rumah kami disaat dia bunting sulung. Kami memberikan makanan dan perlindungan untuk Ella.
Perangai Ella yang pandai, suka bermanja dan ramah dengan setiap orang menawan hati kami ditambah lagi wajah Ella yang sangat cantik. Dia penyeri teratak kecil kami. Kadang-kadang kami sendiri mengikat perut asalkan Ella mendapat makanan hariannya.
Ella melahirkan 5 ekor anak yang sangat comel dan tangkas ke sana ke mari. Kini Ella sudah pergi selama-lamanya dan Gong Chan adalah satu-satunya peninggalan Ella yang kami simpan sebagai pusaka darinya. Telatah Gong Chan saling tak tumpah seperti ibunya. Pintar dan sangat pandai menawan hati dengan ragamnya yang menggirangkan.
I miss Ella so much (!_!)