Gaga ni kucing yang datang kepada kami dan melahirkan anak-anaknye di rumah kami. Dia lebih kami nampak suka bermastautin di rumah kami even jiran2 yang berdekatan sering memberikan dia makan. Dia seekor kucing yang memang mudah diuruskan. Spt info2 yang sering kami baca tentang kucing Maine Coon, mudah dilatih, setia pade tuannye dan tidak byk cakap. 17 Jun yg lepas ni dia selamat melahirkan 6ekor anak. Tetapi setelah beberape hari selepas itu, seekor anaknye mati. Ni mungkin disebabkan area rumah kami yang kini sentiase membuat semburan nyamuk. Kesian... Buat mase anak-anaknye masih kecil, kami tidak mengurung dia lagi. Kerane sebenarnye Gaga tidak suke dikurung di sangkar kucing. Dia tidak spt kucing kami yang sebelum ni, Muyun. Dia memakan makanan manusia. Dia seekor ibu kucing yang sgt2 penyayang kerane bersungguh2 menjage anak-anaknye. Even dia keluar rumah utk mengambil angin, tetapi selepas 30minit/sejam, dia akan pulang dan terus pegi kepada anak-anaknye dan kembali memberikan susu. Sangat penyayang dan chomel...