Assalamualaikum dan selamat pagi sume.
Anak kucing kat atas tu dinamakan Adik. Adik telah dijumpai oleh kawan saya di blok hostel kitorg, di UIA, Gombak. Menurut makcik cleaner, ada manusia tak ada rasa simpati yg telah 'membuang' adik di bus stop hostel kami. Jadi sekarang Adik dalam jagaan saya dan kawan saya.
Disebabkan Adik ni still kecil dan sangat cantik, cute, adorable dan rupe die 'rare', saya rase, adalah lebih elok jika sy dapat carikan Adik seorang or satu keluarga yang boleh adopt die properly. Kalau biar kat hostel ni pun, takut nanti either hostel management tangkap bawak pergi tempat mane ntah or berkelahi plak dengan kucing2 besar yg lain.
Ciri-ciri Adik:
1) Sangat comel
2) Sangat adorable
3) Warna bulu sangat 'rare', lain dr yg lain. Macam colour kelabu wolf dekat kutub tu.
4) Playful dan sangat suke kalau ada org layan die main.
5) Lepas die letih main, die suke tidur ceruk2, tepi pintu, tepi katil...sampai tersengguk. Comel;p
6) Tak bising kecuali kalau lapar dan nak 'membuang'
7) Curious
8) Active tapi baik (tak banyak ragam, well-behaved)
Makanye, saya mencari seorg individu atau keluarga yang boleh adopt Adik, yang memiliki ciri2 ini:
1) Penggemar kucing (of course!;p)
2) Penyayang kepada kucing
3) Bertanggungjawab terhadap kucing peliharaan
4) Suka melayan anak kucing yg playful
5) Sabar dengan karenah anak kucing
6) Tak kisah melayan karenah anak kucing yang kurang kasih sayang dan tidak punyai ibu seperti Adik (sebab Adik ni umurnya lebih kurang sebulan lebih je baru dan dah dipisahkan dari emaknya)
7) Tahu cara-cara yang baik dan betul menjaga anak kucing umur macam Adik (sebab anak kucing umur macam Adik ni ada makanan yang dia tak sesuai makan. Gigi dia pun masih baru nak tumbuh. Anak kucing besar ni tak sesuai bagi susu tepung or kotak yg selalu dan biasa manusia minum...ada susu khas untuk anak-anak kucing yg umur macam die ni, yg boleh didapati di kedai2 petshop, jusco)
8) Saya tak kisah kalau org yg nak adopt Adik ni dah ada kucing lain di rumah. Sebab at least, Adik ni, lama-lama nanti boleh berkawan dengan kucing-kucing lain tu;)
9) Saya dan kawan saya ialah student dan kami tinggal di hostel. Kami tak ada kenderaan. Jadi, kami sangat berharap dapat mencari orang yg sudi nak adopt Adik, yang boleh datang ke tempat kami iaitu UIA, Gombak untuk mengambil Adik dari kami. Jangan risau, tak susah untuk datang ke UIA, Gombak:)
So, siapa yang berminat dan mempunyai ciri-ciri yang disebutkan di atas, encik/puan/cik boleh lah contact saya di nombor tertera di atas. Sila telefon nombor sy tu, jangan sms. Saya buat begini sbb sebelum sebelum ni, ada beberapa kali terjadi, org yg konon dah berjanji nak ambik kucing dari sy, yg hanya berhubung melalui sms, akhirnya tak dapat saya hubungi. Terutama bila dh pada hari yg dijanjikan. Saya sms banyak kali tak reply, sy call banyak kali tak angkat. Saya sedih sangat...bukan apa, kesian dekat kucing-kucing tu.. Untuk org2 macam ni, kalau nak adopt, bagitau dgn baik..Kalau tak jadi adopt pun, bagitau je la dgn cara baik... Kurang2 boleh iklankan kucing2 tu pada org lain.. Haishh...sedih.
Anyway, sy ulang. Jika anda berminat, sila telefon saya di nombor di atas, JANGAN HANYA SMS... Pada bila-bila masa..KECUALI bermula pukul 9:30am-12.00pm hari ini (30th July 2010/Friday). Sebab waktu tu, saya ada kelas.. Jadi sy tak boleh entertain calls waktu tu.
Adik memang kucing yang sangat rare dan unik. Saya dan kawan memang sangat sayang untuk lepaskan dia sebenarnya. Tapi sy tak boleh nak adopt die sebab sy baru je lepas adopt sekor kucing 2 minggu yg lepas, sbg tambahan kpd lima ekor kucg yg dah sedia ada di rumah. Kami jugak tak dibenarkan memelihara kucing kat hostel...huhu. Jadi, sy dan kawan sy berharap dapat mencari org yg boleh menjaga Adik dgn baik dan memberi die kasih syg yg secukupnya:)
Baiklah, itu saja. Terima kasih kerana membaca:)