Saya jumpa kucing ini yang datang di rumah. Mungkin ada orang yang buang. Keadaanya amat teruk dengan cedera dan kurap yang tebal.
Saya telah membawanya ke Jabatan Haiwan untuk suntikan kurap dan merawat lukanya.
Syukur kurapnya semakin baik. Cuma sedikit luka dalam proses untuk kering.
Saya telah menjaganya lebih kurang satu bulan lebih.
Masalah saya sekarang, si kurap tidak ngam dengan kucing jantan saya. Asyik bergaduh. Itu yg lukanya tidak baik2.
Jadi saya mengambil keputusan untuk mencari sesiapa yg sudi untuk adopt dia.
Dia seekor kucing yg manja, jinak dan mudah di dekati.
Sesiapa yang sudi untuk mengadopt beliau sila hubungi saya melalui emel
terima kasih.