Hi semua. 🙋🏻♀️Ada 1 ibu kucing muda and 5 ekor kittens yang saya rescued 2 hari lepas. Ibunya kucing calico, domestic short hair (DSH) comel and cantik. Jiran saya dah berpindah and dia tak bawa kucing dia sekali. And now kucing dia bunting and beranak di bilik bomba. Saya tak boleh nak bela sbb saya pun dah ada 4 ekor kucing and kemampuan & ruang rumah saya terhad. Saya cuma boleh bantu bagi makan and jaga dia and babies dia sementara waktu.
Mula mula dia beranak 3 ekor je tapi tak lama lepas tu saya perasan semalam ada lagi 2 ekor baby newborn. Saya takut anak dia kena makan ular ke atau kena gigit tikus. Jadi saya bawa dia balik rumah sementara.
Ibu kucing saya panggil Mokyen ni saya dah mandikan and rawat masalah earmites dia. Gigi & gusi dia okay. Takde masalah kutu. Cuma saya tak potong kuku dia but no worry dia baik and manja. Gambar dia yang cantik tu gambar dari tuan dia yang saya dapat.
Dia litter-trained. Tak bising and suara pun halus je. Tak memilih makanan. Saya bagi dia kibbles icats Long Hair & RC hair &skin. Wetfood pula Snappy Tom.
Syarat2 nak adopt dia dan babies:
1. Bagi ibu makanan yang cukup and bagus (not colored kibbles)
2. Update perkembangan dia and babies setiap minggu (dalam masa sebulan)
3. Ada tempat proper untuk dia and babies dia tinggal
4. Mandulkan ibu kucing bila anak dia dah besar
5. Mampu untuk rawat/ beli ubat/ bawa ke vet bila dia sakit
PM me for more photos & videos. Kalau ada sesiapa yang still have space and would like to give Mokyen and her babies a home to stay and love to be shared, please contact me via Whatsappor PM me. Area Bandar Sri Permaisuri, Cheras.
Thanks semua❤️