Saya dapat chiki dan melly drpd jiran saya pada 2013, kucing dia melahirkan terlalu banyak kittens jadi dia bagi saya dua ekor.
Chiki dan melly dibesarkan tanpa ibu, saya bagi dia susu formula je. Dorang membesar dengan pelbagai masalah kerana kekurangan susu ibu. Mereka ada masalah berjalan masa kecik, mereka tidak membesar macam kucing lain dn banyak lagi.
Chiki dan melly sangat aktif, suka kejar mengejar, suka makan, suka bermain. Mereka akan menjilat satu sama lain setiap kali selepas makan, sangat comel. Perut mereka sangat buncit kerana suka makan.
Apabila saya berpindah rumah, chiki dan melly telah menemukan cinta hati masing ii. Apabila tiba waktu melahirkan, mereka mempunyai masalah untuk meneran, anak hanya keluar kepala sahaja dan tersangkut pada waktu yang lama. Saya pelik dan risau dalam sama, saya pun bawa ke vet. Dr kata kekurangan susu semasa kecil menyebabkan hal ini terjadi. Dr tersebut cucuk sesuatu pada mereka dan mengatakan 'ni untuk mudahkan mereka bersalin'. Saya masih kecil pada waktu itu dan percayakan dr tersebut. Tiada bayaran dikenakan. Dalam perjalanan pulang drpd vet, mereka menghembuskan nafas terakhir dlam kereta. Rupanya dr tersebut menidurkan chiki dan melly kerana tiada harapan lagi.
Saya hilang kepercayaan kepada vet sejak hal itu(2015), tahun ini(2021) baru saya letakkan kepercayaan saya semula kepada vet.