Saya ambil didi dua beradik semasa sekolah menengah, dorang berusia lebih kurang tiga minggu masa tu, badan mereka diconteng water color oleh pelajar yang tidak bertanggungjawab.
Adik didi pergi tidak lama kemudian sbb sakit mata.
Didi sangat ii aktif, agak manja, tidak suka duduk rumah, suka merayap. Kadang tu lepas seminggu baru balik rumah, taktahu la kemana pergi. Didi suka bergaduh dengan bapak kucing lain smpai luka ii habis badan. Selera makan sangat tinggi tapi badan tetap kurus.
Ada satu hari dia balik ke rumah dengan luka teruk di bahagian telinga, terkejut jugak sbb luka teruk. Saya sapu ubat hari ii tapi tidak sembuh ii malah makin teruk. Apabila bawa ke vet, dr kata dia terkena sporo. Jadi saya bagi ubat berterusan setiap hari dengan harapan dapat sembuh tapi tiada perkembangan langsung. Selepas 3 bulan sakit, didi pergi akhirnya selepas tidak mampu melawan virus sporo tu.