Saya ada 2 ekor kucing. Seekor ibu dan seekor anak lelakinya. Saya terjumpa ibunya di pasar semasa dia sedang pregnant. Kami jaga dengan baik dan penuh kasih sayang. Dan dia dilahirkan pada hari kemerdekaan (31 ogos) dan mendapat 5 ekor anak. Apabila anak-anaknya meningkat dewasa, kami kehilangan 4 ekor anaknya dan hingga kini hanya si ibu dan anak terunanya sahaja masih aktif dan hidup. Alhamdulillah kami jaga mereka berdua lebih kurang 6 tahun. Si ibu makin bijak dan aktif. Begitu juga anaknya. Kami memberi mereka makan berkhasiat walaupun mahal tetapi sesuai dengan selera mereka. Kadangkala apabila hujan, mereka akan tidur bersama kami dan menonton tv serta bermain bersama.
|