Bila mula berminat dengan kucing? Semasa saya didalam darjah 5, tiap-tiap hari saya pulang dari sekolah agama mesti lalu depan rumah pakcik 'cool' ni...dan mesti ada kucing oren datang ikot saya dan selalunya dia 'pau' sate ikan saya. Saya ingat kucing pakcik 'cool' ni tapi dia cakap bukan. Sudahnya saya 'culik' kucing oren tu masok dalam beg bawa pulang ke rumah. Sejak tu saya dah mula suka dengan kucing. Nama dia Oren. Apa apa pon, Oren tu dah lama arwah. :) banyak berjasa dengan keluarga. Gambar oren pun rasanya tak ada sebab zaman dulu nak beli kamera pon tak mampu.
Pengalaman menjaga kucing? Nak kata pandai jaga kucing pon tak jugak. Mandikan kucing pun kadang-kadang boleh kira dengan jari. Adapon dalam tak pandai saya menjaga kucing, saya pernahlah jadi nurse merawat kucing tumpang rumah keluarga (nama dia Antenna) yang kena penyakit sporotrichosis. Doktor vet di rumah saya kata, kebanyakan orang put to sleep saja kalau kes macam tu. Tapi saya rasa biarlah saya jaga dia sampai mati. Sampai sekarang si Antenna tak mati-mati.. ^^ Sihat sikit dari dulu. Tak berani keluar rumah terus.
Pengalaman yang tak boleh dilupakan dengan kucing? Hm..Apabila kucing housemate saya mati (nama dia Chengcheng) dilanggar. Sebelum tu Chengcheng rapat sangat dengan saya. Saya menangis macam anak kecil sampai housemate seorang lagi pujuk saya. :P
Sekarang bela berapa ekor kucing? Ada 7. Cukup banyak bagi saya dan suami.(>,<)
Shiro (kutip di bengkel persis ChengCheng)
Anak pertama Shiro Imo RIP (mati digigit anjing) Dido RIP (mati digigit anjing)
Anak kedua Shiro Uno Una RIP (mati digigit anjing)
Anak ketiga Shiro Kuro Oshin (sindrom alpha) Sokka (sindrom alpha)
Anak sumbang mahram Shiro & Uno Danggo Bilimbi Fifi (Adopted) KD RIP (adopted tapi mati kerana bladder problem) Julian (Adopted)
Kedegilan memakan diri sebab dah beranak-pinak dengan jayanya. Padan muka hehe... Esok lusa akan membawa mereka untuk dikembirikan. InsyaAllah.
|