Batang Baleh Mengalami Kesesakan Lalu Lintas Baru-..
Tweet |
Batang Baleh mengalami kesesakan lalu lintas baru-baru ini pada bulan Ogos. Namun ianya bukan disebabkan kenderaan tetapi longgokan kayu. Masihkah anda ingat kejadian longgokan kayu atau “logjam” yang berlaku pada tahun 2010 di Sungai Baleh, Sarawak? Selepas 10 tahun, insiden yang sama berulang lagi di sungai yang sama. 😢
Ulu Baleh merupakan kawasan tadahan air yang penting bagi bahagian Kapit, Sibu, Sarikei dan Mukah. Sisa-sisa kayu balak yang hanyut dari hulu Sungai Baleh ke kawasan hilir Sungai Rajang telah memberi kesan negatif kepada ekosistem dan kehidupan penduduk terutama yang tinggal di kawasan terbabit.
Insiden tersebut mengingatkan kita betapa pentingnya untuk mempercepatkan usaha mempertingkatkan pengurusan kawasan tadahan air, pengurusan guna tanah yang lestari, pemantauan dan penguatkuasaan bagi menjaga sumber air kita. Pencemar juga harus menanggung kos pembersihan sungai bagi mengelakkan kejadian “logjam” berulang. 🙌
#SayangiSungaiKita #LoveOurRivers
#SungaiKitaNadiKita #OurRiversOurPulse
#WWFMy #WorldRiversDay #HariSungaiSedunia
#SungaiBaleh #Logjam
Source: https://www.facebook.com/108100218241/posts/1016129978333824..
Tweet |
Facebook Comments