Kdymm Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku ..
Tweet |
KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menerima mengadap pihak WWF-Malaysia pada 9 Ogos 2021.
Diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sophia Lim, Pengarah Konservasi Dr. Henry Chan, Ketua Program Kawasan Perlindungan Siti Zuraidah Abidin dan Pengurus Projek Pemuliharaan Bukit Fraser Carell Cheong, pihak WWF-Malaysia telah memberi persembahan taklimat ke sisi KDYMM Tuanku pelbagai inisiatif pemuliharaan, terutamanya yang sedang dijalankan di Kompleks Hutan Bukit Fraser, serta projek pemuliharaan harimau Malaya.
Pembentangan tersebut juga telah mengetengahkan sumbangan perkhidmatan ekosistem, kekayaan biodiversiti serta ancaman yang dihadapi. Selain itu, kami turut berkesempatan menyembahkan taklimat mengenai cadangan penubuhan Taman Negeri Royal Bukit Fraser.
Menjunjung kasih KDYMM Tuanku atas keprihatinan terhadap isu-isu alam sekitar di negeri Pahang.
Source: https://www.facebook.com/108100218241/posts/1016122276801324..
Tweet |
Facebook Comments