Berbekalkan Pelan Laluan, Mereka Bergerak Secara B..
Tweet |
Berbekalkan pelan laluan, mereka bergerak secara berpasukan dengan jejak langkah penuh makna. Mereka berjalan jauh menyusuri hutan tebal, mendaki bukit, menyeberangi sungai – tidak kira hujan atau panas, sambil menanggung berat beban peralatan 25kg. Setiap tahun tanpa lelah, pasukan ini meliputi lebih daripada 10,000km kawasan Hutan Belum-Temengor.
Mereka adalah pasukan peronda WWF-Malaysia – mata dan telinga kami di barisan hadapan. Pasukan ini terdiri daripada kakitangan Orang Asli yang menghabiskan masa dua minggu sekaligus di hutan setiap bulan. Mereka bekerja keras mencari dan menghapuskan jerat pemburu haram yang mengancam harimau Malaya serta hidupan liar lain.
Tanpa pasukan ini, harimau Malaya akan kehilangan pelindung mereka yang terdekat. Spesis ini akan sentiasa berdepan dengan ancaman pemburuan haram. Oleh itu, pasukan kami perlu meneruskan misi mempertahankan setiap harimau Malaya yang masih ada di hutan kita.
Kos untuk menampung keperluan pasukan yang terdiri daripada 5 orang adalah RM20,000 setahun. Catuan makanan, gas mini untuk memasak, lilin dan bateri adalah antara barang keperluan mereka ketika bertugas di lapangan.
Anda boleh menderma di https://www.maybankheart.com/campaign-details-page?Campaign=60d58d7be23ed00e340e8ee2 untuk membolehkan pasukan peronda kami meneruskan tugas penting menyelamatkan harimau Malaya. Derma melalui MaybankHeart akan disalurkan kepada usaha-usaha pemuliharaan harimau Malaya oleh WWF-Malaysia.
Sumbangan dan jasa baik anda sangat dihargai. Terima kasih.
Maybank #ScoreForTigers #GlobalTigerDay #wwfmy #MyMaybank

Source: https://www.facebook.com/wwfmy/photos/a.159457438241/1016119..
Tweet |
Facebook Comments