Go

Dakwaan Pengadu Ada Peniaga Menjual Kucing Dengan ..

 




Dakwaan pengadu ada peniaga menjual kucing dengan cara terbuka dan terdedah dalam keadaan panas adalah satu perniagaan berbentuk zalim. Kandang kecil, makanan dan minuman tidak disediakan malah gangguan bunyi bising jalan raya menambahkan tekanan dan ketakutan terhadap kucing.

Aktiviti ini dilaporkan berlaku di kawasan gerai makan / bazar petang di Jalan Tasik Permaisuri 1, Cheras Kuala Lumpur. Ia bersebelahan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Difahamkan terdapat Papan tanda dipasang dan ditulis Kucing Untuk Dijual dengan harga RM800.00

Jika benar dakwaan ini. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (DVSKL) perlu segera menyiasat tindakan peniaga menjual kucing secara terbuka begini. Malah difahamkan juga bazar atau pasar petang ini adalah terdiri daripada peniaga makanan dan minuman. Tentu sekali tidak sesuai menjalankan aktiviti bercampur haiwan sebegini. Dewan Bandaraya Kuala Lumour (DBKL) juga wajar ambil peranan menghentikan kegiatan menyalahi Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Hentikan manipulasi haiwan hingga mengabaikan aspek kesihatan, kebersihan dan kebajikannya!

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1571224989751..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.