Go

Izinkan Saya Tumpang Tidor Disini Sebentar. Saya T..

 




“Izinkan saya tumpang tidor disini sebentar. Saya takut, saya kedinginan, saya lapar. Saya janji saya tak akan kacau sesiapa. Jangan tangkap saya. Jangan bunuh saya. Saya tak pernah membunuh sesiapa.”

Mungkin itulah bisikan hati kucing jalanan ini. Malang sekali dia dilahirkan di negara yang tiada kebajikan terhadap haiwan jalanan. Dia bakal ditangkap. Dia bakal dimatikan. Kerana dia digolongkan sebagai ‘pest’ dalam polisi pentadbiran negara.

Jika dia diselamatkan rescuer. Rumah rescuer akan terima notis kerana alasannya kacau ganggu. Dia dan rakannya ramai-ramai terpaksa bersempit mendiami kediaman.

Jika dia diselamatkan rescuer. Kos rescuer bertambah. Makan minum dan pemandulan ditanggung rescuer sendiri. Tiada bantuan kerajaan walau sebesar habuk.

Jika dia dibiarkan di situ. Nasibnya belum tentu selamat. Ada saja lembaga yang sakit hati. Menuduhnya macam-macam. Pembawa penyakit. Pencuri ikan goreng. Penyebab kekotoran. Akhirnya dia bakal dipukul, ditendang, disiram air panas, dicederakan dan lebih teruk dibunuh.

Jika dia dibiarkan begitu sahaja dengan harapan dia bebas melata. Dia bakal kebuluran, dia bakal cedera malah maut kemalangan.

Siapakah dia? Dialah kucing haiwan kesayangan nabi! Apalah nasib dia dan rakan-rakannya ?

Foto ini dirakamkan petang tadi di hadapan Public Bank Medan Idaman, Setapak Kuala Lumpur sewaktu kerja memberi makan kucing jalanan dilakukan.

Jika tidak boleh membantu kucing jalanan. Janganlah menyakiti mereka. Biarkan mereka dan nasib mereka hingga bertemu insan mulia.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1550244531849..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.