Hari Ini Hari Malang Untuk 20 Ekor Lotong Celak Se..
Tweet |
Hari ini hari malang untuk 20 ekor Lotong Celak sekeluarga yang merupakan Spesis Terancam Kepupusan (Red List IUCN) apabila ianya dibunuh secara tembak mati menggunakan peluru tabur.
Dakwaan penduduk Taman Raja Zainal, Port Dickson Negeri Sembilan. Kesemua bangkai Lotong Celak tersebut bergelimpangan mati pada jam 10.30 pagi tadi dalam satu operasi tembakan ganas tanpa belas kasihan.
Lebih dikesalkan pembunuhan didakwa berlaku di kawasan habitat iaitu hutan belakang taman berkenaan. Ia adalah kawasan rayau semula jadi Lotong berkenaan.
Alasan kacau ganggu tidak seharusnya menjadi jalan mudah membunuh spesis yang sukar lagi ditemui ini dan penduduk mahukan penyelesaian tanpa melibatkan pembunuhan iaitu secara tangkapan perangkap dan reloksi. Bukan melalui pembunuhan rambang.
Animal Malaysia kesal dengan tindakan yang tidak bertamadun ini seolah-olah pihak berkenaan tidak mampu menggalas tanggungjawab memulihara sebagaimana dasar penubuhan PERHILITAN.
Pihak PERHILITAN Negeri Sembilan digesa menghentikan ‘legal criminal’ ini dan menjalankan kerja memulihara dengan penuh etika, bertamadun, berperikemanusiaan dan lebih berhemah.
Lotong Celak bukan haiwan ganas dan tidak terlalu liar yang perlu dibunuh serta-merta. PERHILITAN Negeri Sembilan harus memberikan penjelasan rasional pembunuhan beramai-ramai ini seperti yang didakwa oleh penduduk di sana.
Sumber Aduan : Nurul Azreen Sultan
“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments