Niat Murni Mengusahakan Shelter Untuk Kucing Adala..
Tweet | ![]() |
Niat murni mengusahakan shelter untuk kucing adalah satu sifat terpuji. Namun difahamkan sebuah shelter menempatkan kucing jalanan di Pinggiran Batu Caves, Selangor tidak menggambarkan sebagai pusat kurungan yang baik untuk kucing. Malah lebih daripada itu ia kelihatan amat tidak selesa dan tidak terurus.
Keadaan panas ketika siang dan kesejukan apabila malam. Bersesak dalam sangkar. Aspek kebersihan dan kepadatan sangkar dengan jumlah lambakan kucing antara faktor menyebabkan shelter yang berada dihadapan Surau Al Hidayah ini dilihat bukan tempat perlindungan kucing terbiar. Sebaliknya ia didakwa orang ramai menjadi pusat penyiksaan kucing menunggu kematian.
Inilah mengapa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) mewajibkan sesiapa sahaja yang melibatkan diri dengan haiwan perlu memohon lesen termasuk pengusaha shelter dan penyelamat haiwan terbiar.
Animal Malaysia sudah memanjangkan isu ketidakselesaan dan isu kebajikan kesihatan, kebersihan dan makanan shelter ini untuk pantauan dan tindakan pihak DVS.
Diharapkan semua pihak bersabar dan bertenang serta tidak mengambil tindakan bersendiri yang menyalahi undang-undang dan serahkan hal ini kepada pihak DVS untuk menentu sahkan kesesuaian keadaan dan penglibatan terhadap kesalahan haiwan jika ada sesuai dengan Peraturan-Peraturan yang ada dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015.
“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1538702159670..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments