Go

Tidak Lama Lagi Hutan Hujan Khatulistiwa Hanya Tin..

 




Tidak lama lagi Hutan Hujan Khatulistiwa hanya tinggal kenangan. Penghuni dunia terutama rakyat Malaysia hanya bakal mengabadikan dan menikmati keindahan isi alam hutan hujan serta haiwan liar di rumah hijau rekaan atau ruang pameran secara replika.

Rakyat pelbagai sektor bertungkus lumus mengadakan kempen kesedaran dan pameran kesedaran sayangi hutan dan khazanah alam termasuk hidupan liar. Tetapi kerajaan melalui jabatan tertentu dan kerajaan negeri sendirilah yang bertungkus lumus menggalakkan dan meluluskan pembalakan yang mengakibatkan ratusan ribu hektar hutan di negara ini musnah kekal dan memberi kesan terhadap alam sekitar. Malah lebih buruk daripada itu pelbagai spesis hidupan liar pupus sama sekali dan puluhan spesis kini diancam musnah dan kebinasaan teruk

Animal Malaysia menghargai usaha badan korporat Spritzer membuat pameran seumpama ini. Namun seluruh orang politik digesa tidak menggunakan kuasa sewenang-wenangnya meluluskan pembalakan demi alasan sumber ekonomi negara yang selama ini terbukti hanya menguntungkan golongan tertentu sahaja tanpa memberi manfaat besar buat rakyat jelata.

Akibatnya balak ditebang, haiwan liar mati bergelimpangan. Golongan tertentu menjadi kayangan, masyarakat hilang haiwan liar kesayangan.

Bersama menolak pembalakan. Pembalakan adalah jenayah alam sekitar!

Foto : Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika mengunjungi Booth The Original Rainforest Water milik Spritzer.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1533610493512..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.