Kepupusan Haiwan Liar Bukan Sahaja Kerana Kerja Pe..
Tweet | ![]() |
Kepupusan haiwan liar bukan sahaja kerana kerja pemburu haram. Tapi penyumbang terbesar kepupusan, kematian, kecederaan dan haiwan liar masuk kawasan perumahan adalah disebabkan penebangan hutan dan pembalakan berskala besar tanpa kawalan. Lebih menyedihkan kebanyakan pembalakan didakwa ada campur tangan istana-istana negeri masing-masing.
Animal Malaysia merayu institusi tertinggi Raja-Raja Melayu setiap negeri memandang serius hal ini. Pertimbangkanlah mashalahat rakyat jelata yang berlaku hari ini. Perubahan cuaca dan monsun, banjir besar, kesan rumah hijau dan ketandusan tanah akibat pembalakan yang mengutamakan keuntungan.
Saban tahun ribuan hektar tanah hutan dibuka tanpa kawalan dan perancangan. Apatah lagi hutan tidak dikonservasi semula.
Haiwan liar akhirnya hilang habitat dan jadi mangsa kekejaman kerana dianggap mengancam penempatan kerana keluar akibat kehausan dan kebuluran.
Jangan biarkan rakyat memandang rendah dan memperlekehkan institusi Raja-Raja yang menjadi tulang belakang dan naungan rakyat.
Kami sayang raja kami. Kami juga sayang alam sekitar dan khazanah anugerah tuhan.
Gambar kanan adakah benar ianya milik Tuanku Sultan atau hanya sekadar menggunakan nama tanpa pengetahuan pihak istana?
Ampun Tuanku!
“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1529572203916..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments