Go

Wwf-Malaysia Dengan Kerjasama Majlis Pengurusan Ta..

 




WWF-Malaysia dengan kerjasama Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu dan Pusat Sains & Kreativiti Terengganu telah berjaya menganjurkan Seminar Ekspedisi Saintifik Setiu Wetlands buat julung kalinya secara maya pada 9 Mac 2021.

.

Melalui tajaan CIMB Islamic, seminar bertemakan ‘Hargai Alam Semula Jadi Demi Masa Depan yang Lebih Baik’ ini diadakan bertujuan untuk berkongsi dapatan kajian ekspedisi yang telah berlangsung pada 24 – 27 Februari 2020 sebagai input kepada usaha konservasi di Setiu Wetlands dan kawasan tadahannya. Seminar dihadiri 116 peserta terdiri daripada para penyelidik ekspedisi, panel jemputan, ahli akademik, wakil agensi dan sekretariat.

.

Sejumlah 9 kajian dibentangkan meliputi topik-topik berkaitan Inventori Spesies, Penilaian Ekosistem dan Sains Kemasyarakatan. Seminar diakhiri dengan perbincangan oleh ahli-ahli panel jemputan berpengalaman yang mengupas isu-isu dan hala tuju ekonomi, sosial dan pembangunan dengan mengambil kira perspektif saintifik dan pemuliharaan bagi merealisasikan potensi serta manfaat pengurusan lestari di Setiu Wetlands.

.

Dengan berakhirnya seminar ini, diharapkan kerjasama strategik yang efektif di antara pelbagai pihak berkepentingan dapat dipertingkat untuk masa depan Setiu Wetlands yang lebih cerah.

.

#SetiuWetlands #SWSE #CIMBIslamic #Konservasi #TanahBencahSetiu #EkspedisiSaintifik #ValuingWetlands

Source: https://www.facebook.com/wwfmy/photos/a.159457438241/1016079..



 

avatar

WWF Malaysia

WWF-Malaysia is a national conservation trust that currently runs conversation projects covering a diverse range of environmental protection & nature conservation in Malaysia. Our mission is to stop the degradation of the planet's natural environment and to build a future in which humans live in harmony with nature.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.