Anak Kucing Mati Digantung Leher Di Motorsikal Dit..
Tweet |
ANAK KUCING MATI DIGANTUNG LEHER DI MOTORSIKAL DITEMUI AWAL PAGI. BANTU JEJAK PELAKU
Belum selesai kes kucing dua beranak yang dipenggal kepala semalam. Pagi ini hadir pula kes seekor anak kucing yang ditemui mati akibat jerutan leher digantung di handle sebuah motorsikal.
Kejadian berlaku di kawasan perumahan flat Seksyen 2, Wangsa Maju Kuala Lumpur disedari awal pagi tadi sewaktu pemilik motorsikal keluar untuk memanaskan enjin motorsikalnya.
Menurut pemilik motorsikal tersebut, anak kucing yang disyaki dibunuh dengan cara jerut leher dan digantung di motorsikal miliknya merupakan kucing jalanan yang sering diberi makan oleh penduduk sekitar kediamannya. Pemilik motorsikal tersebut juga tidak pasti apakah motif pelaku pembunuh anak kucing itu menjerut leher dan menggantungnya di handle motorsikal miliknya yang diletakkan di belakang rumahnya.
Animal Malaysia merayu mana-mana individu yang mengetahui insiden pembunuhan jerut dan gantung anak kucing secara kejam ini tampil salurkan maklumat pelaku. Jangan sorokkan perbuatan zalim dan kejam begini memandangkan ia bakal memparahkan masyarakat dan mengundang bahaya sekiranya berlarutan berlaku kepada manusia pula selepas ini.
Pembunuh yang menjerut leher anak kucing malang ini perlu diheret ke muka pengadilan. Maklumat boleh disalurkan ke www.wasap.my/+601120901097 atau melalui saluran aduan MyAct di https://animalmalaysia.com/report-animal-crime/
Maklumat pengadu adalah rahsia sepenuhnya. Mohon kerjasama semua.
“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010.
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments