Haiwan Ini Juga Punya Hak Di Dunia Yang Wajib Dipe..
Tweet |
HAIWAN INI JUGA PUNYA HAK DI DUNIA YANG WAJIB DIPENUHI !
Saya berada di satu lokasi untuk memulakan ‘stray feeding’. Ada anjing dan ada kucing. Kesemua mereka hidup merempat di jalanan. Saya sering berpesan kepada kedua-dua bangsa ini. “Kalian janganlah bergaduh sesama sendiri dan saling berbunuhan. Ini kerana kalian semua ada hak hidup berkongsi di muka bumi ini.”
Syukur pada tuhan kedua-dua bangsa anjing dengan kucing ini paham apa yang saya maksudkan supaya mereka semua berada dalam kehidupan harmoni dan saling berbagi nikmat. Hidup mereka juga didik supaya menghormati makhluk sebangsa mereka iaitu manusia yang spesis hanya pandai berkata-kata tapi tidak menggunakan akal.
Namun apa yang saya bangga dengan kedua-dua bangsa ini ialah mereka menjanjikan sesuatu yang tiada pada bangsa manusia.
“Babah! (Panggilan mereka terhadap saya). U dont worry lah. Kitorang semua tak pernah rebut pusaka, tak kemaruk jawatan politik, tak menikam rebut jawatan dalam jabatan, tidak mengkhianati kawan kitorang. Malah kitorang tak pernah menipu dan mempergunakan bangsa manusia untuk kepentingan hidup. Kitorang cuma nak cebisan makanan untuk bertahan hidup dari keaparan saja. Itu pon ada bangsa manusia dengki dengan kitorang. Ada yang tidak senang. Malah jauh dari itu ada yang bunuh bangsa kitorang. Sedangkan kitorang tak pernah rampas apa yang mereka ada.”
Gitulah keluh kesal budak-budak anjing dan kucing di jalanan ni kepada saya. Saya angguk sebagai signal paham apa mereka maksudkan. Tapi apakan daya di dunia ini lebih ramai binatang daripada binatang. Bilang saya kepada mereka.
Arie Dwi Andika
Presiden
Persatuan Haiwan Malaysia
Penganalisis Jenayah Haiwan
Malaysia Animal Crime Transparency (MyAct)
Kuala Lumpur @ 28/02/2021 11.30 A.M
P/S :
1. Air minuman untuk kedua-dua bangsa ini disediakan berdekatan.
2. Alas makanan tidak mencukupi kerana perebutan makanan.
“Haiwan khazanah amanah tuhan”
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments