Kebelakangan Ini Menjadi-Jadi Dakwaan Penderaan Da..
Tweet |
Kebelakangan ini menjadi-jadi dakwaan penderaan dan jenayah kezaliman kucing serta anjing. Hari ini hantaran dibuat Saudara Fariq Rashid dalam Facebook menyatakan kucingnya dan beberapa kucing lain dipukul di kepala hingga mati. Bangkai kucing diletakkan hanya 200 meter dari rumah kediaman pemilik.
Namun apa yang dikesalkan maklumat disertakan sering tidak sempurna dan tidak lengkap. Tiada nyatakan tarikh, hari, tempat dan paling mendukacitakan adalah tiada sebarang khabar berita mengenai laporan yang sepatutnya dibuat sebelum memviralkan satu-satu kes jenayah haiwan.
Walau pun siasatan pihak berkuasa memerlukan tukang lapor menyiapkan segalanya untuk mereka seperti saksi dan maklumat penuh kejadian. Namun mangsa yang juga pemilik perlu melaporkan insiden terlebih dahulu jika benar ianya perbuatan khianat dan jenayah terhadap haiwan milik mereka. Ia supaya tindakan penyiasatan boleh segera diambil. Melainkan jika pihak berkuasa mengelak untuk hadir ke lokasi kejadian dan meminta pemilik sendiri hadir bawa bangkai haiwan ke pejabat mereka untuk jalankan siasatan. Ia amat bertentangan dengan kaedah penyiasatan dan forensik.
Elakkan pelbagai teori penyiasatan yang mengarut dan mendahului hasil keputusan pihak berkuasa yang menjalankan tugas akibat tunjuk pandai. Ini kerana kaedah dan pelaksanaan penyiasatan di lapangan tidak seperti spekulasi dan imaginasi tanpa disiplin ilmu yang sebenar tentang penguatkuasaan dan penyiasatan. Satu andaian sahaja hanya akan merosakkan fakta sebenar penyiasatan. Serahkan kepada pihak berkuasa menyiasat dan keputusan siasatan. Apa yang diperlukan daripada masyarakat dan pemilik yang menjadi mangsa jenayah haiwan adalah maklumat-maklumat mengenai kejadian serta bukti fizikal haiwan.
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments