Go

Pengurusan Tangkapan Musang Liar Di Kediaman

 


1. Musang Pulut kini dianggap ancaman dan gangguan setaraf anjing dan kucing jalanan kepada penduduk. Ia merupakan spesis haiwan liar tetapi berada dalam kategori pest (makhluk perosak) oleh pihak berkuasa dan masyarakat kita.

2. Menangkap untuk tujuan memelihara dan menyimpan Musang Pulut memerlukan lesen daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN).

3. Masyarakat keluh kesah dengan kehadiran Musang Pulut di kawasan kediaman mereka. Pelbagai masalah timbul daripada kehadiran haiwan liar dalam Jadual Pertama ini. Bagaimana pun masyarakat dilarang bertindak sendiri menangkap atau melupuskan dengan sengaja musang-musang yang hadir. Hubungi pihak PERHILITAN berhubung bantuan memerangkap musang liar yang berada di kawasan masing-masing.

4. Bertindak sendiri tanpa ilmu menguruskan tangkapan boleh mengakibatkan kecederaan dan kematian musang. Ia merosakkan kebajikan musang. Ia bersalahan dengan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang melindungi nasib haiwan kategori liar di negara ini.

5. Berikut video bagaimana pengurusan seekor musang liar yang tiba-tiba memasuki perangkap tikus di sebuah kediaman dan akhirnya diberi peluang menjalani hidup lebih baik di hutan bebas. Namun begitu perlulah diingatkan bahawa masyarakat adalah dilarang dengan sengaja memerangkap dan mengendalikan musang tanpa mendapat kebenaran dan khidmat nasihat terlebih dahulu daripada PERHILITAN. Hubungi PERHILITAN negeri masing-masing sekiranya berhadapan masalah haiwan liar termasuk musang.

6. Animal Malaysia perihatin nasib musang memandangkan haiwan liar ini merupakan masalah pest terbesar di kalangan penduduk perumahan dan industri dalam negara ini. Musang merupakan haiwan urban dan boleh menjadi haiwan companion tetapi ia tergolong dalam kategori haiwan liar dilindungi. Rujuk https://animalmalaysia.com/animal-malaysia-civet-centre/

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

https://youtu.be/OpstefJ6pkg



Relokasi musang liar yang ditangkap di kawasan rumah ke kawasan lebih selamat dan habitat sesuai jauh penempatan.Kaedah ini hanya sesuai untuk musang liar sa…

Source: https://youtu.be/OpstefJ6pkg



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.