Go

Animal Malaysia Mendesak Hukuman Sebatan Terhadap ..

 




ANIMAL MALAYSIA MENDESAK HUKUMAN SEBATAN TERHADAP PENJENAYAH PEMBUNUH HAIWAN LIAR DAN PEMBURU HARAM YANG MELANGGAR AKTA PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR 2010

Hari ini Negara dikejutkan dengan tangkapan seorang lelaki berusia 25 tahun yang memangsakan seekor Harimau Malaya dan seekor Harimau Kumbang melalui pembunuhan kejam secara pemburuan haram.

Umum mengetahui bahawa Harimau Malaya merupa spesis hidupan liar amat terancam dan mengalami kepupusan dengan jumlah populasi di bawah angka 200 ekor.

Dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah berjaya merampas 10 bahagian hidupan liar disyaki gading gajah, dua bangkai hidupan liar disyaki seekor Harimau Malaya dan seekor Harimau Kumbang dalam satu pemeriksaan ke atas sebuah premis di daerah Tanah Merah, Kelantan.

Suspek juga tidak mempunyai sebarang permit dan kebenaran daripada Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia untuk menyimpan barang anggota badan dan bahagian haiwan liar tersebut.

Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Suspek telah dibawa ke IPD Tanah Merah manakala kesemua barang kes dibawa ke IPK Kelantan sebelum diserahkan kepada Jabatan PERHILITAN Daerah Jeli untuk tindakan selanjutnya.

Justeru negara melalui pihak berkuasa PERHILITAN digesa tidak lagi berkompromi terhadap hukuman untuk pelaku pembunuh hidupan liar yang dikelaskan dalam Jadual Kedua Akta Perhilitan 716 ini lagi.

ANIMAL MALAYSIA MENDESAK SUPAYA PERHILITAN MEMPERTIMBANGKAN PINDAAN UNDANG-UNDANG TERHADAP AKTA 716 DENGAN MEMASUKKAN HUKUMAN LEBIH BERAT IAITU SEBATAN TERHADAP PENJENAYAH PEMBUNUH DAN PEMBURU HARAM HAIWAN LIAR YANG DIKELASKAN DALAM JADUAL KEDUA AKTA PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR 2010.

Ini kerana pembunuhan haiwan dalam kategori Jadual Kedua benar-benar merugikan negara dan pemburu haram yang merompak khazanah negara yang amat berharga ini merupakan PENGKHIANAT NEGARA yang harus diberi pengajaran amat berat!

Tahniah kepada Jabatan Perhilitan dan pihak PDRM atas tangkapan dan menumpaskan pembunuh kejam haiwan liar pada hari ini.

Rujuk berita :

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/658483/polis-rampas-bangkai-harimau-gading-gajah-bernilai-rm500000

Sumber Foto : Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN)

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.