Go

Kucing Mati Tersepit Dipintu Dipercayai Angkara Khianat - Berita Mediacorp

 


KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG SITUASI KES KUCING TERSEPIT DI ROLLER SHUTTER SEBUAH BANK

Adalah dimaklumkan bahawa satu laporan polis terhadap kes kucing tersepit pada Roller Shutter sebuah bank di Taman Tampoi Utama, Johor Bahru, Johor telah dibuat oleh saksi yang menemui kucing mati dalam keadaan tersepit ketika itu.

Justeru semua diminta bertenang dan serahkan kebijaksanaan bekerja dan segala urusan siasatan kepada pihak berkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor.

1. Laporan polis dibuat di Balai Polis Tampoi dan keputusan repot polis menyatakan bahawa kes merupakan berstatus Rujuk Lain Agensi (RLA) dan Jabatan Haiwan untuk tindakan lanjut penyiasatan.

2. Jabatan haiwan dicadangkan boleh dengan budi bicara atau menggunakan skill of appeal terhadap pihak bank untuk mendapatkan rakaman CCTV bagi tujuan penyiasatan dan pengesahan kejadian.

3. Tujuan desakan penyiasatan menyeluruh kematian tragis Kucing Roller Shutter supaya seluruh warga Malaysia boleh berpuas hati dengan apa yang berlaku terhadap kucing malang tersebut sama ada kematiannya secara mati mengejut (kemalangan) atau ada unsur khianat manusia.

4. Selain itu ia sebagai memberi keadilan terhadap kematian kucing yang dipercayai majoriti masyarakat sebagai ada unsur khianat selain sebagai memberi keadilan kepada haiwan sejajar negara memiliki Akta Kebajikan Haiwan 2015.

5. Animal Malaysia melalui Unit Penguatkuasaan Undang-Undang dan Penyiasatan mengalu-alukan kerjasama dengan semua pihak berhubung laporan yang telah dibuat terhadap cara kematian Kucing Roller Shutter sekali gus memartabatkan kucing jalanan yang dilindungi di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

6. Terima kaseh kepada rakan media yang memberi perhatian kepada kes kematian Kucing Roller Shutter. Mediacorp Singapura, Bernama, The News Straits Times, Harian Metro, Kosmo, Utusan Malaysia dan Berita Harian.

7. Semoga jawapan kematian Kucing Roller Shutter dapat dicapai dalam masa terdekat bagi menjawap teka-teki berhubung kematiannya.

Arie Dwi Andika

Presiden

Persatuan Haiwan Malaysia @ Animal Malaysia

15/12/2020

https://berita.mediacorp.sg/mobilem/dunia/kucing-mati-tersepit-dipintu-dipercayai-angkara-khianat/4548248.html



Seekor kucing ditemui mati tersepit di pintu ‘roller shutter’ sebuah bank dalam keadaan yang sangat tragik dipercayai akibat angkara khianat di Taman Tampoi Utama, Tampoi di sini, awal pagi Isnin (14 Dis).

Source: https://berita.mediacorp.sg/mobilem/dunia/kucing-mati-tersep..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.